< Kau Bukan Yang Pertama, Tetapi Yang Terakhir>
By: CtieyNor
Nur
Fitriya merenung jauh lautan pantai yang luas terhampar dihadapannya. Angin
kuat menampar-nampar dirinya. Gulungan ombak berpusing-pusing mengikut alunan
angin yang bertiup. Suara riuh-rendah kanak-kanak yang berkejaran sesama mereka
dihadapannya masih tidak dapat menenangkan hatinya yang galau saat ini. Setelah lapan tahun berlalu lelaki itu masih
lagi mendapat tempat dihatinya. Di mana kesakitan dulu?. Dia merasa seolah-olah
kesakitan yang dialaminya dulu terhapus begitu sahaja apabila memandang raut
wajah yang tampak tenang sentiasa itu. Namun disebalik ketenangan itu dia tahu,
ada keperitan yang mereka pernah alami bersama dan masih lagi terpacar harapan
yang menggunung tinggi pada dirinya. Masih berharapkah lelaki itu?.
“
Kak Pah donut RM2, pulut bakar dengan karipap nak seringgit-seringgit erk “.
Ucap Nur Fitriya dengan senyuman sambil matanya melilau melihat pelbagai aneka
kuih pagi di gerai Kak Pah.
“
Nak campur sekali ke, nak asing-asing ni? “ tanya Kak Pah berserta senyuman
juga, tangannya ligat memasukkan donut-donut ke dalam plastik. “ Bila kamu
balik Iya ? dah lama tak nampak kamu “.
“ Asing-asinglah
Kak Pah. Sampai petang kelmarin Kak Pah, sibuk dengan kerja dipejabat sebab tu
jarang-jarang balik sekarang ni. Balik ni pun sebab mak dah bising lama dah tak balik “. Terang Nur Fitriya
sambil matanya melilau-lilau memandang perkarangan kedai Kak pah. Nampaknya
kedai kak Pah dah semakin besar sedikit, dahulu hanya satu pintu kini sudah
mempunyai tiga pintu. Rezeki, begitu juga dengan rezeki dirinya dan keluargnya
kini mampu merasa hidup sedikit senang berbanding dahulu yang agak kedaifan.
“ Mak kamu rindu tu rindukan anak-anaknyalah.
Dah lah kamu hanya tiga beradik saja, Ira belajar jauh, Idlan kerja luar negara
macam tak ingat-ingat nak balik kampung halaman sendiri, kamu pulak kerja kat
Kuala Lumpur, hah jauh jugak!. Tinggal Mak dengan Abah kamu je kat kampung ni..
tentulah lah teringat anak-anak selalu “. Panjang omelan Kak Pah, tetapi
tangannya masih ligat membungkus nasi dan memasukkan lauk-pauk kedalam
bungkusan tersebut.
Nur
Fitriya hanya tersenyum mendengar omelan
Kak Pah. Jika dahulu keluarganya hidup susah, namun ikatan kasih kasyang
kekeluargaannya masih utuh dan erat. Susah payah, senang bersama, tetapi apabila
sudah mula mengijak dewasa, masing-masing mula bermegah dengan kerjaya yang ada,
semuanya seakan-akan jauh dari kemesraan dulu. Fadlan atau lebih mesra di
panggil Angah Idlan, kini berada di Jerman, selepas tamat belajar tajaan sebuah
badan korporat terus menetap di sana bagi menguruskan cawangan syarikat
kejuteraan yang menaja pembiayaannya sepanjang empat tahun di sana dan masih
tidak mahu pulang-pulang. Dan dia tahu kenapa adik lelakinya merajuk tidak mahu
pulang ke Malaysia. Dia hanya mampu berdoa akan terbuka pintu Idlan untuk
pulang menjenguk Abah dan Maknya. Duit tiap-tiap bulan bukan ukuran pengubat
rindu untuk orang mereka, tetapi keinginan menatap seraut wajah anak lelaki
tunggal dalam keluarganya itu adalah satu hajat yang dinanti-nantikan selama
lebih enam tahun. Adiknya yang bongsu pula Fazira, kini masih menuntut di
Ireland dalam bidang perubatan tahun dua, masih panjang lagi tempoh
pengajiannya. Hanya tinggal dirinya saja di Malaysia, itupun tetap masih
berjauhan dengan kedua-dua orang tuanya. Akan tetapi, apakan daya tuntutan
kerja memaksa dia berkorban.
“
Kak Pah Nasi Dagang tiga bungkus, satu ayam dua lagi lauk ikan “.
Serentak
itu kepala Nur Fitriya berpusing ke arah suara yang baru saja membuat pesanan
kepada Kak pah. Lamunan terhadap adik-adiknya terus berterbangan di bawa kabus pagi yang dingin itu. Suara yang lembut
dan gemersik itu tak akan mungkin dia lupakan. Suara yang sentiasa berkumandang
setiap kali masuk waktu azan di kampungnya itu masih segar menyapa di halwa
telinganya. Dia, Luzman Faith Haji Kasim anak tunggal orang kaya pemilik
pangkalan di kampung Sungai Dua , Pantai Melawi. Anak kesayangan Hajah Hasnah
merangkap Mak Longnya sebelah Maknya. Terpaku dia melihat seraut wajah itu yang
jelas tampak lebih matang dan berusia. Jika dulu, raut itu bersih daripada
bulu-bulu diwajah tetapi kini bulu-bulu sudah menghiasi muka, dan sedikit kumis
di dagu membuat lelaki itu nampak lebih alim di tambahkan lagi dengan kopiah
putih di kepalanya. Mungkin baru pulang daripada surau kampungnya.
Luzman
Faith nyata terpaku dengan pandangan matanya kini. Adakah ini mimpi atau
realiti, Fitriya ada dihadapannya memandangnya dengan penuh rasa ‘sarat’ yang
hanya berdua mengerti. Betapa sakit rasa yang hadir ini, yang sudah diluah
tetapi tidak dapat memiliki. Sakit ini tidak pernah hilang dalam benak hatinya.
Betapa kuat rasa itu bertamu di sudut jiwanya. Sudah berkali-kali dia cuba
untuk merdhakan dirinya menerima ketentuan ini, namun hati yang sudah dibalut
rasa kasih pada Nur Fitriya tidak dapat meredhakan dengan seikhlas hati.
Bersama hati yang galau dan berkecamuk dia menghulurkan senyuman buat gadis
dambaannya.
Nur
Fitriya menyambut senyuman itu dengan segaris senyuman tawar, masih terasa lagi
perbuatan lelaki itu 8 tahun lepas. Walaupun dia tahu, kesakitan itu bukan
dengan rela hati Luzman Faith menghadiahikannya. Tetapi sikap lelaki tu yang
hanya menurut tanpa membantah membuat dia dijerut rasa pedih dan pilu. Tetapi
untuk membenci lelaki sebaik Luzman Faith dia tidak mampu.
“
Kak Pah, Iya balik dululah, dah lama sangat rasanya ni, “ terus saja Nur Fitriya
meminta diri. Dicapainya plastik kuihnya di atas meja aneka kuih-muih itu.
“
Urmm.. lama apanya, duduk tak panas punggung pun lagi Iya, “ balas Kak Pah
sambil menjerling Iya yang kalut membuka dompetnya. Kisah darjat cinta tidak
kesampaian dua pasangan ini tidak asing lagi. Kecoh satu kampung dulu dengan Hajah
Hasnah yang menentang cinta dua merpati ini.
“
Takut Mak dengan Abah tunggu lama pulak, nanti Iya datang lain kali, kita borak
panjang-panjang erk, “ dalih Nur Fitriya, dia tidak lagi betah duduk di bawah
bumbung kedai Kak Pah ini. Mata-mata lain mula memandang dia dan Luzman dengan
pandang yang simpati. Duit RM3 dihulurkannya, dengan wajah yang sedikit
tertunduk dia melalui dihadapan Luzman Faith.
Luzman
Faith mengundur sedikit kebelakang memberi laluan kepada Nur Fitriya. Langkah
teratur Nur Fitriya hanya di pandang dengan rasa rindu yang mencengkam segenap
hati. Kerusi dihadapnnya ditarik, perlahan-lahan dia melabuhkan duduknya.
Kopiah putihnya itu diangkat sedikit, tangan kanannya meraut kepalanya dengan
diiringi alunan tasbih Subahanallah beberapa kali,dia cuba mententeramkan jiwa
yang mula berkocak kembali. Rupanya rasa itu sentiasa masih ada hingga kini.
Nur
Fitriya meraup wajahnya, cuba menghalau pergi peristiwa kelmarin. Kisah dahulu
adalah sejarah, kisah hari ini adalah kenyataan yang dia harus hadapi dengan
redha. Selipar getah berwarna unggu di hujung kakinya dicapai. Sudah agak lama
dia melayan perasaan dihadapan pantai rumahnya ini, hari pun dah semakin gelap
ada eloknya dia beransur pulang. Dengan rasa gundah gulana yang masih bersisa,
dia mula bangun.
“
Assalamualaikum “. Belum sempat kakinya melangkah, salam dari arah belakangnya
mula kedengaran. Suara itu! Tidak perlu dia berpaling kerana dia pasti salam
itu adalah milik lelaki itu.