song

Thursday, 19 March 2015

Misi Obesiti

Pemasaran idea kali ini ialah obesiti. Jadi kami daripada group 2, berbesar hati melaksanakan misi obesiti beramai-ramai pada setiap petang.

Sangat memenatkan, kelas tamat 5.30pm, 6.30pm dah keluar jalankan misi. Perjalanan ke pusat sukan, sertai aerobik, gym seketika, berlari pulang dari kandang rusa→ pusat golf → Muamalat.

Singgah Urban Melati Cafe, minum ais!! Jahanam terus misi. Plus nasi pulak tu..

Kejayaan misi ini adalah otot peha, kaki, perut dan belakang semakin pulih. Tak merasa sakit dah. Mampu berlari jauh, dah ada stamina. Alhamdulillah misi kami berjaya!

Sedikit info: Obesiti adalah sejenis penyakit kegemukan lemak yang berlebihan dan akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti  penyakit jantung, tekanan darah tinggi, stress, mandul dan sebagainya.

Amalkan gaya hidup sihat,
Badan cergas, minda cerdas***

No comments:

Post a Comment