song

Tuesday, 17 November 2015

Raikan Persahabatan 3 tahun di UUM

Bertemakan 'Malam Ini Kita Punya' geng awek cun telah mengadakan majlis kecil-kecilan untuk meraikan persahabatan yang terjalin di UUM yang bertempat di DPP Muamalat selama hampir 3 tahun setenggah.

Bermula dengan aktiviti memasak spaghetti di dalam bilik dengan bantuan dan gelak tawa menyiapkan bahan masakkan. Perkara ini sedikit sebanyak lebih mengeratkan lagi perhubungan kami.

Setelah satu jam setenggah berperang dengan spaghetti, malam berhias muncul jua. Bertemakan shawl keknis dan bibir merah menjadikan malam 1 Nov 2015 milik kami.

Majlis di mulakan dengan acara bergambar. Pelbagai ragam mak nenek segala muncul dan di teruskan dengan acara makan spaghetti. Semua makan dengan senyap , mungkin akibat kelaparan dan kepenatan memasak dalam keadaan tergesa-gesa.

Sesudah makan malam, kami memulakan aktiviti ke dua iaitu botol beracun. Di mana, muzik akan dipasang dan botol akan di agih-agihkan mengikut bulatan, apabila muzik berhenti, botol beracun yang dipenggang oleh peserta akan di denda mengikut denda yang berada di dalam botol tersebut. Hahh aku dua kali terkena! Ada yang di denda joget hindustan, menyanyi dengan perasaan.sedih, berlakon watak Wan Maimunah kena ragut dan banyak lagi. Memang cukup meriah dengan hilau tawa.

Aktiviti kami berehat seketika, makan round ke dua.. lincin semuanya. Seterusnya, aktiviti ke 3 teka lakonan tanpa suara. Gamat pantry dibuatnya dengan lakonan kawan-kawan dengan pelbagai gaya.

Aktiviti ke empat beralih kepada agak sentimental sedikit. Yang mana, botol dipusing dan orang yang terkena perlu menjawab dengan jujur pertanyaan kawan yang lain. Permainan ini memang takap leleh betul. Segala perasaan tidak puas hati dan perasaan ingin tahu diluahkan. Bulatan kami banjir. Ya Allah terharunya.

Aktiviti terakhir adalah ucapan kasih, specialnya ucapan ini diiringi muzik instrumental. Setiap ahli di beri peluang untuk menyatakan penghargaan kepada teman baiknya. Aktiviti ini bukan setakat banjir malah bah teruk melanda bulatan kami. Sesungguh mereka benar-benar jujur meluahkan perasaan. Selepas itu kami menyanyi lagu sahabat dan lagu perpisahan.

Majlis bersurai dengan salaman peluk cium antara kami sahabat perkom dengan tangisan air mata terharu. Hahh lepas sedih-sedih time bergambar plak. Kembali riuh dengan gelak tawa.

Malam 1 November 2015 menjadi milik kami berhibur dan meluahkan rasa. Malam ini jugak menjadi lipatan memori di masa akan datang untuk di kenang, bahawa kamu adalah sahabat yang terindah pernah hadir dalam hidupku.

Terima kasih dan terima kasih kerana sentiasa ada dalam waktu yang sukar kerana saat itulah yang mengajar kita erti persahabatan yang perlu saling tolong-menolong.

No comments:

Post a Comment