Pertengahan semesta, di kesibukan tugasan dan tekanan tesis, tidak menghalang aku and the gang bercuti merehat minda di Langkawi selama 1 hari saja. Sesuai dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing, duit dalam dompet pun kian menyusut, short vocation adalah yang terbaik.
Penat dan agak terkejar-kejar oleh kerana kesuntukkan masa, namun Alhamdulillah segala berjalan lancar dengan tanpa di rancang. Kereta sewa, kehabisan minyak, terpaksa tukar kereta lain dan Walaupun terkejut tengok lesen kereta mati hampir 3 bulan, tapi still memandu lagi. Tak sempat nak semak lesen dengan pelbagai dugaan menimpa.
Menempuh perjalanan di dalam feri selama 45 minit, sampai di jeti langkawi terus ambil Avanza dengan jumlah ahli rombongan 7 orang, kereta dalam keadaan selesa buat kami.
Destinasi pertama pantai chengnal, just tengok-tengok, dan ambil gambar walau matahari panas terik. Makan-makan, makan tengahari agak mahal RM8+++ untuk sepinggan nasi. Beli coklat dekat Ismail Group hampir RM300 jugak habis untuk coklat.. alahaiii.
Seterusnya, ke cable car, just tengok-tengok.. tak teringin nak naik. Cukup naik sekali dah. Bagi aku, tiada apa yang menarik, kecuali pemandangan yang indah (aku bukanlah peminat alam yang tegar).
Menjelang petang, singgah makan di perkarangan pantai airport, makan cendol pulut dengan bihun sup. Sedap lar juga.
Rushing ke dataran helang, biasa lar tempat wajib, posing2.. hantar kereta, tunggu naik feri dan Zzzzzz. Penat yang amat.
No comments:
Post a Comment