Kegembiraan pulang ke kampung tercalar dengan jatuh sakit yang tiba-tiba. Deman setelah perpanas terik mencari Syarikat Batik.
Dari satu tempat ke satu tempat, terjah tanpa ada temujanji. Perkara yang gila, tapi masih mampu buat. Tolak demi tolakan.Dah memang jangka. Berpusing-pusing sana sini. Mengadap panas yang bukan sedikit.
Usaha yang tidak sia-sia. Ada ganjaran buat mereka yang cekal. Balik dengan penat, tak ada tenaga. SWOT menunggu.
Bangun pagi, terus deman. Baki hari-hari, hanya terlantar. Nikmat sihat sudah ditarik. Nikmat penghapus dosa sedang berjalan. Alhamdulillah syukur.
Ada dosa yang tersembunyi, aku sempurna yang tercela.
song
Tuesday, 21 April 2015
Deman
Monday, 30 March 2015
Outdoor class
0400pm Pemasaran Sosial ada kelainan hari ini. Kuliah di sampaikan di kawasan tasik yang anginnya bertiup lembut di tambahkan lagi dengan suasana yang terang dan aman damai.
Sangat special dari jauh sudah nampak kelibat lecture, keluarkan KFC dari bonet kereta wajanya... wahhh terkejut! Bukan kelas semata-mata tapi turut berkelah sama.
Rupa-rupanya outdoor class sangat menarik dan santai, tak stress, tak formal malah turut menjadi akrab. Di samping itu, sempat bertanya soalan luar daripada skop dan minta pandang lecture.
Kelainan itu kalau tak di cuba, tak akan tahu manfaatnya***
Sunday, 29 March 2015
Malam yang hidup
7-10 malam masih muda, 10-12 agak lewat malam, 12-3 sudah larut malam, 3-6 malam yang hidup.
Bercakap pasal malam kini di ibarat tidur sejenak mimpi, sekejap masa berlalu berganti siang yang hanya singgah untuk lalu.
Betapa dunia hari ini, waktu seakan seketika cuma, setiap detik-detik yang berlalu bagai angin lalu membawa catatan kenangan hidup yang terlakar.
Alangkah ruginya seorang manusia, hidup menongkah dagu, kepala meninggi awan. Seolah-olah dunia ini sang hamba yang punya.
Siang hanya membuang, malam terus membuang. Nikmat yang ada, diangkuhkan, rasa punya diri milik segala.
Tersedar lebih baik daripada sedar yang nyata. Kerana tersedar itu menyetak hati, membuka hawa, bergerak kepada kesunyian yang perlu di isi.
Hidayah yang datang bukan sahaja tiba-tiba, ada hati yang mencarinya, dilulur dengan izin-Nya. Sama ada pegang atau lolos gara-gara si nafsu.
Malam yang dingin, gelap sunyi-sunyian, mengajak manusia yang lena dengan nikmat fana.
Malam yang sejuk di iringi angin desiran sayu bisa membangunkan manusia yang dahaga.
Wahai malam yang menghidupkan...... BANGUNKAN AKU***
Saturday, 28 March 2015
Rahsia
Sering kali isu yang sensitif, yang agak berat, yang menjadi bualan orang ramai, yang memalukan, yang menjadi ketakutan, yang menyedihkan, yang mengembirakan, yang sebagainya yang di "uncord" RAHSIA.
Akan jua terungkai, cepat atau lambat, waktu apa dan dimana, bukan persoalannya. Rahsia manusia hanya rahsia sementara. Sememangnya nyata, Allah mampu membuka setiap rahsia itu mengikut kehendakNya.
Sebaik-baiknya jujur pada diri sendiri, jujur pada teman, keluarga dan negara, kerana bila terbongkar rahsia itu kesannya kurang baik. Sama ada mendukacitakan atau memusnahkan kepercayaan.
Tapi bagaimana pula dengan rahsia yang mengaibkan diri???
Simpan-simpan kemas, jangan buka-buka??
Ceritalah demi kebaikan masa akan datang??
Hilangkan kerahsiaan itu kerana rahsia aib itu adalah sejarah. Hari ini adalah perubahan, hari lepas adalah kenangan.
Rahsia manusia: tak ada rahsia yang menjadi rahsia*****
Friday, 20 March 2015
Cakaran
Misteri bangun pagi terasa pedih-pedih sekitar peha dan lengan. Lagi pedih bila terkena air wuduk. Sedangkan semalam tidur lena je.
Terdapat cakaran halus menghiasi lengan. Kemerah-merahan. Tapi cepat pulih dan tidak meninggalkan kesan.
Moga apa yang misteri berlalu pergi.
Tidak ku hingin datang ke mari.
Alam Berbicara****
BUKAN SEKALI LAFAZ BAB 1
Thursday, 19 March 2015
Baharu
Kau yang baharu tapi tersorok jauh daripada yang lama.
Kau yang paling banyak fungsi tapi masih lagi ditinggalkan.
Kau yang bersinar dan menarik perhatian tapi masih dipandang sepi.
Bukan mudah menggantikannya.
SETIA itu pelik***