song

Tuesday, 17 November 2015

Raikan Persahabatan 3 tahun di UUM

Bertemakan 'Malam Ini Kita Punya' geng awek cun telah mengadakan majlis kecil-kecilan untuk meraikan persahabatan yang terjalin di UUM yang bertempat di DPP Muamalat selama hampir 3 tahun setenggah.

Bermula dengan aktiviti memasak spaghetti di dalam bilik dengan bantuan dan gelak tawa menyiapkan bahan masakkan. Perkara ini sedikit sebanyak lebih mengeratkan lagi perhubungan kami.

Setelah satu jam setenggah berperang dengan spaghetti, malam berhias muncul jua. Bertemakan shawl keknis dan bibir merah menjadikan malam 1 Nov 2015 milik kami.

Majlis di mulakan dengan acara bergambar. Pelbagai ragam mak nenek segala muncul dan di teruskan dengan acara makan spaghetti. Semua makan dengan senyap , mungkin akibat kelaparan dan kepenatan memasak dalam keadaan tergesa-gesa.

Sesudah makan malam, kami memulakan aktiviti ke dua iaitu botol beracun. Di mana, muzik akan dipasang dan botol akan di agih-agihkan mengikut bulatan, apabila muzik berhenti, botol beracun yang dipenggang oleh peserta akan di denda mengikut denda yang berada di dalam botol tersebut. Hahh aku dua kali terkena! Ada yang di denda joget hindustan, menyanyi dengan perasaan.sedih, berlakon watak Wan Maimunah kena ragut dan banyak lagi. Memang cukup meriah dengan hilau tawa.

Aktiviti kami berehat seketika, makan round ke dua.. lincin semuanya. Seterusnya, aktiviti ke 3 teka lakonan tanpa suara. Gamat pantry dibuatnya dengan lakonan kawan-kawan dengan pelbagai gaya.

Aktiviti ke empat beralih kepada agak sentimental sedikit. Yang mana, botol dipusing dan orang yang terkena perlu menjawab dengan jujur pertanyaan kawan yang lain. Permainan ini memang takap leleh betul. Segala perasaan tidak puas hati dan perasaan ingin tahu diluahkan. Bulatan kami banjir. Ya Allah terharunya.

Aktiviti terakhir adalah ucapan kasih, specialnya ucapan ini diiringi muzik instrumental. Setiap ahli di beri peluang untuk menyatakan penghargaan kepada teman baiknya. Aktiviti ini bukan setakat banjir malah bah teruk melanda bulatan kami. Sesungguh mereka benar-benar jujur meluahkan perasaan. Selepas itu kami menyanyi lagu sahabat dan lagu perpisahan.

Majlis bersurai dengan salaman peluk cium antara kami sahabat perkom dengan tangisan air mata terharu. Hahh lepas sedih-sedih time bergambar plak. Kembali riuh dengan gelak tawa.

Malam 1 November 2015 menjadi milik kami berhibur dan meluahkan rasa. Malam ini jugak menjadi lipatan memori di masa akan datang untuk di kenang, bahawa kamu adalah sahabat yang terindah pernah hadir dalam hidupku.

Terima kasih dan terima kasih kerana sentiasa ada dalam waktu yang sukar kerana saat itulah yang mengajar kita erti persahabatan yang perlu saling tolong-menolong.

Saturday, 31 October 2015

Ulang tahun ke 23

10 Sep 1992, tarikh keramat diri ini melihat dunia. Kira-kira pukul 9.45 pagi dengan alunan selawat budak-budak sekolah mengiringi kelahiranku.

Syukur Alhamdulillah kepada Tuhan yang satu, masih memberi nikmat umur sehingga ke usia ini. Semoga sepanjang umur yang lalu mendapat keberkatan dan diampunkan segala silap dan salah.

Terima kasih untuk ma dan ayah ku. Tanpa kamu tiada aku di dunia ini. Impian dan harapan untuk jadikan diri ini anak yang solehah kepada kedua orang tua. Anak yang memberi manfaat di akhirat kelak. Ya Allah permudahkanlah.

Tidak dilupakan kawan-kawan dan sahabat yang mendoakan dan meraikan peningkatan umur ini. Tiada yang lebih manis selain ucapan selamatmu.

Untuk diri ini sendiri, selamat menyambut hari kelahiran moga-moga mendapat lebih banyak rahmat Allah, sentiasa dalam lindungannya, tidak terlalai, sentiasa terbuka pintu rezeki, mendapat jodoh yang baik, di permudahkan segala urusan, di perdekatkan diri dengan Maha pencipta, menjadi anak syurga, menjadi teman senang bersama susah sama berduka. Terlalu banyak harapan dan pengharapan Kau permudahakan lah Ya Allah, sesungguhnya dari Engkau aku datang dan dari Engkau lah aku pergi.

*dahulukan ALLAH, ALLAH pastikan dahulukan kau*

Friday, 30 October 2015

Puncak Vista

Satu puncak yang boleh dikatakan wajib di daki pelajar UUM. Tahun akhir jugak baru ke jejak kaki ke puncak ini dengan kerjsama geng B.Comm.

Setelah bertahun-tahun merancang, jika tiada kesungguhan tidak akan jadi kenyataan suatu benda. Sembang kencang, habuk tadakk.

Bila keinginan itu disertai dengan kehendak, ia pasti ada jalan.

*dahulukan ALLAH, ALLAH pastikan dahulukan kau*

Kembali Pulang

Assalamualaikum,

Berbulan-bulan lamanya menyepikan diri. Kini aku kembali dengan semangat yang masih sama, arah tuju juga masih selari dengan kehendak. Diam bukan bermakna aku tidak peduli, tetapi sentiasa ada dengan masalah dunia yang sedang membelenggu.

Banyak waktu yang tertinggal begitu banyak jugaklah cerita yang tertinggal. Nak ku coret satu persatu memang tidak mungkin tetapi ia tidak mustahil.

Hari ini, sesi perkenalan untuk pertengahan tahun kedua. Banyak cerita duka dan bahagia. Ujian juga tidak putus-putus bak air mengalir. Allah Maha penyayang tidak di duga hamba tanpa kemampuan seseorang hamba itu.

Bulan yang mulia juga pergi begitu saja. Pergi dengan kepenatan pelukan dan rengekkan seorang ibu. Allah. Andai ada bahagianku dan orang tua ku ya Allah kurniakanlah, sesungguhnya kami tiada daya upaya.

Kebahagian yang hadir. Ku ucapkan selamat datang.

Untuk tekanan Thesis, harap ku tabah. Kejayaan tiada datang bergolek. Scroll yang bukan mudah di miliki. Tahun depan.

Untuk diri ini, hiduplah dengan dahulukan Allah, Allah pastikan dahulukan keinginan kau.

Tuesday, 21 April 2015

Deman

Kegembiraan pulang ke kampung tercalar dengan jatuh sakit yang tiba-tiba. Deman setelah perpanas terik mencari Syarikat Batik.
Dari satu tempat ke satu tempat, terjah tanpa ada temujanji. Perkara yang gila, tapi masih mampu buat. Tolak demi tolakan.Dah memang jangka. Berpusing-pusing sana sini. Mengadap panas yang bukan sedikit.
Usaha yang tidak sia-sia. Ada ganjaran buat mereka yang cekal. Balik dengan penat, tak ada tenaga. SWOT menunggu.
Bangun pagi, terus deman. Baki hari-hari, hanya terlantar. Nikmat sihat sudah ditarik. Nikmat penghapus dosa sedang berjalan. Alhamdulillah syukur.
Ada dosa yang tersembunyi, aku sempurna yang tercela.

Monday, 30 March 2015

Outdoor class

0400pm Pemasaran Sosial ada kelainan hari ini. Kuliah di sampaikan di kawasan tasik yang anginnya bertiup lembut di tambahkan lagi dengan suasana yang terang dan aman damai.

Sangat special dari jauh sudah nampak kelibat lecture, keluarkan KFC dari bonet kereta wajanya... wahhh terkejut! Bukan kelas semata-mata tapi turut berkelah sama.

Rupa-rupanya outdoor class sangat menarik dan santai, tak stress, tak formal malah turut menjadi akrab. Di samping itu, sempat bertanya soalan luar daripada skop dan minta pandang lecture.

Kelainan itu kalau tak di cuba, tak akan tahu manfaatnya***

Sunday, 29 March 2015

Malam yang hidup

7-10 malam masih muda, 10-12 agak lewat malam, 12-3 sudah larut malam, 3-6 malam yang hidup.

Bercakap pasal malam kini di ibarat tidur sejenak mimpi, sekejap masa berlalu berganti siang yang hanya singgah untuk lalu.

Betapa dunia hari ini, waktu seakan seketika cuma, setiap detik-detik yang berlalu bagai angin lalu membawa catatan kenangan hidup yang terlakar.

Alangkah ruginya seorang manusia, hidup menongkah dagu, kepala meninggi awan. Seolah-olah dunia ini sang hamba yang punya.

Siang hanya membuang, malam terus membuang. Nikmat yang ada, diangkuhkan, rasa punya diri milik segala.

Tersedar lebih baik daripada sedar yang nyata. Kerana tersedar itu menyetak hati, membuka hawa, bergerak kepada kesunyian yang perlu di isi.

Hidayah yang datang bukan sahaja tiba-tiba, ada hati yang mencarinya, dilulur dengan izin-Nya. Sama ada pegang atau lolos gara-gara si nafsu.

Malam yang dingin, gelap sunyi-sunyian, mengajak manusia yang lena dengan nikmat fana.

Malam yang sejuk di iringi angin desiran sayu bisa membangunkan manusia yang dahaga.

Wahai malam yang menghidupkan...... BANGUNKAN AKU***